Monday, September 22, 2008

Aduhai Hati

Aduhai Hati

Aduhai hati..
Berhentilah dari merindu,
Kerana rindu itu sudah buyar,
Hilang di kelam zulmat.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menanti,
Kerana menanti itu sudah lusuh,
Renyuk bersama semilir yang pupus.


Aduhai hati
Berhentilah dari meminta,
Kerana tiada apa lagi yang ada,
Kosong dan hambar,
Hilang dibawa saujana.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menangis,
Kerana sudah tiada airmata buatmu,
Kering, hening di resao nuansa.


Aduhai hati nan manis..
Berhentilah berkata kata,
Kerana hilang sudah bahasa lara,
Jauh terhantar di kelu bicara.


Aduhai hati..
Sabarlah…..
Itu terlebih baik buatmu!


-Layd

Malaysia On Line

Malaysia On Line


Muncul nya di tengah jelapang masa
Order baru buat dunia bicara
Lintas langsung tanpa tertunda.



Manis nya dapat bersama
Obat mujarab segala duka
Lenggok yang mengasyik masa.



Mesranya saat dan tika bersama
Oleh sketsa bahasa dan citra
Lawak menjentik tak kurang hebatnya



Manja pada yang asyik bercinta
Obor rindu saat dan tika bersua
Lerai dan usai semua lelah dijiwa



Medan temuan lama dan baru
Orang sekarang mahu pun dahulu..
Lambaian MOL tetap di tunggu.





- LayD
1.30pagi 22/9/2008