Monday, September 22, 2008

Aduhai Hati

Aduhai Hati

Aduhai hati..
Berhentilah dari merindu,
Kerana rindu itu sudah buyar,
Hilang di kelam zulmat.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menanti,
Kerana menanti itu sudah lusuh,
Renyuk bersama semilir yang pupus.


Aduhai hati
Berhentilah dari meminta,
Kerana tiada apa lagi yang ada,
Kosong dan hambar,
Hilang dibawa saujana.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menangis,
Kerana sudah tiada airmata buatmu,
Kering, hening di resao nuansa.


Aduhai hati nan manis..
Berhentilah berkata kata,
Kerana hilang sudah bahasa lara,
Jauh terhantar di kelu bicara.


Aduhai hati..
Sabarlah…..
Itu terlebih baik buatmu!


-Layd

No comments: