Thursday, September 25, 2008

Al-Kisah .. kedua kali .. haha

DARI PANDANGAN_KU II

Jumpa lagi.. di kedua kali..
Cerita warga MOL lom habis lagi..
Beberapa teman yang belum di kiasi
Mari lah tengok..sapa yang kena kali ini

Kecil molek comel di cc..
Gadis Jengka menjadi kerani..
Online hanya di siang hari..
Bandaraya dengan nya sama erti..
Rakyat Sultan Ahmad Shah sudahlah pasti

Duda hensem di tepi laut,
Selalu bersungut pasal perut,
Buncit sikit pun sudah kalut,
Anaknya lima bersama duduk..
Sapa nak takle.. sangat lah patut..

Anak teruna tiga puluhan,
Sajak bertanjak bagai pahlawan..
Sejak bertukar kelain jawatan,
Lately ini makin jarang kelihatan,
Kelakarnya tetap menjadi kerinduan.

Hehehe..
ku panggil dengan style arab
Senang nak sebut walau tergagap..
Berjauhan isteri terkulat kulat..
Kesian..Masak makan sendiri buat..
Tetap rajin walaupun tak larat..

Nickname nya bagai orang puteh..
Segan gak nak tegur takut terlebih,
Selang semalam masuk MOL boleh,
Rupanya melayu isteri yg soleh,
Tinggal di timur, pantai nan bersih

Yang ini juga muda remaja..
Hensem lah lebih dari papa-nya.
Dua beranak ini selalu bersama..
Tajam ke tumpul? Itulah makna.
Rajin memasak dengar ceritanya


Ater ade pule cekgu ,sorang dude..
Asay die nye dari Perok, Kuale..
Tapi udoh lame tak nampak muke..
Entah kemane merayap nye die…
Mad Jaih pun udoh die lupe agaknye.

Wanita ini aduh..cantik lah sangat,
Walau berlomor minyak dan keringat..
Nak sebut namanya kena aturkan abjad,
Se-sekali saja ke MOL tersesat
Masuk dah la lambat duduk pulak sekejab.

Ada pula seorang saudagar baru
Meniaga intan berlian pesen baru..
Tak payah nak guna duit beribu..
Sedang rancak mencari tetamu,
Ajak berkunjung ke lamannya yang baru.

Anak muda ni bekas DJ kemana entah
Bakat berbicara sangat lah petah..
Sedang bergelut agaknya di negeri Kedah
Dengan masalah demi masalah..
Tokey CC jugak tu… al maklumlah..

Juga duduk dia di negeri Kedah..
Walau di cucuh tak menyala dah,
Itu hanya nickname yang sama indah
Ganti karan depa..kalu eletrik punah .
Manis lawa memang tak kalah.

Sapa lah lagi tak masuk senarai
Nanti kita sambung ke tiga helai
Ceria bersama sama tawa berderai derai
Saat duka airmata sama terburai
Demikian aroma MOL tergapai..

Mohon maaf Layd ucapkan..
Jika ada yang tak berketepatan
Maklum, sekadar tekaan dan rekaan
Buat bibir di hiasi senyuman..
Semoga terhibur teman dan taulan


-selesai 9.47 pagi
Khamis 25 Ramadhanz

Wednesday, September 24, 2008

AL-KISAH Chatter MOL

DARI PANDANGAN_KU I

Kisah penghuni MOL terkini
Mari kita tengok dan baca bersama
Buat buat lah ketawa kalau sudi,
Walaupun tak lucu setara mana..

Boss Besar nun jauh di JB..
Owner yang garang juga rasanya ini..
Ehem..ehem dengarnya tiada isteri..
Sapa nak pikat sedang elok lah ni…
Ewah,.boleh lah pakai T Shirt MOL Free..

Asst kehormat MOL budak muda..
Tinggal di Kelang bersama ibunya..
Sedang mengorat gadis Singapura..
Suka ketawa muekekeke bunyi nya..
Menjadi DJ di MOLfm dialah juga.

Orangnya budiman cantik lah pulak..
Halus mulus kulitnya puteh melepak
Anggun pesona wangi semerbak..
Tutur bicaranya santuk bersajak
Di Kota Singa rumah terletak..

Manis berseri si kecil molek..
Halus suara nya ketawa mengekek..
Jika tersalah kata kata yang terbit..
Memutar lagu dari pilihan terbaik..
Juga seorang wanita/ibu/ isteri yang cerdik

Seorang guru nun jauh di sana..
Tepi laut china Selatan duduk nya dia
Rajin chatting tak kira masa.
Malam pagi petang semua ada..
Hari Jumaat yang paling dia suka..

Abe ni pulop..sore ahli Forex..
Kalu online.. hok tu yah dio belek.
Kade kade campo kawe kawe kecek..
Sekali sekalo.. kalu tak memorek
Suko belako abe dan adik

Sorang lagi DJ yang senyap..
Pilih lagu boleh tahan hebat,
Nickname nya guy perasan kuat,
Suruh on air selalu alasan berat
Nak dengar juga suaramu sahabat.

Si Manis ini ini berambut panjang,
Dari selatan juga dianya datang..
Akhir2 ini dah makin jarang..
Lepak di MOL bila terluang..
Sebok buat kueh tuk raya menjelang.

Sekali sebut ingatkan sabun..
Rupanya tokey kilang yg gelak mengalun..
Di MOL dialah besar sekali font,
Kesia..curi curi nak chatting ni..pun..
Hormatkan laki yg garangnya ya ampun!

DJ hebat seorang lagi nak bagitahu
Nun jauh berada di kaki Kinabalu,
Suaranya kelas.. sangat lah merdu.
Sering ketawa walaupun tak lucu..
Terhibur kita dengan pilihan lagu.

Seorang lagi DJ mendatang..
Lagu yang bagus saja berkumandang
Ingatkan dari T’ganu dia datang
Ujung nickname nya G terbentang
Sebab itulah kompuis juga kadang2

Ramai lagi tak tersebut di sini..
Nanti kita sambung di lain siri..
Kekasaran bahasa mohon di maafi,
Sekadar goresan tuk menghibur hati
Dari seorang sahabat bernama LayD^

-selesai 6.43 ptg
Selasa 23/9/2008

Monday, September 22, 2008

Aduhai Hati

Aduhai Hati

Aduhai hati..
Berhentilah dari merindu,
Kerana rindu itu sudah buyar,
Hilang di kelam zulmat.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menanti,
Kerana menanti itu sudah lusuh,
Renyuk bersama semilir yang pupus.


Aduhai hati
Berhentilah dari meminta,
Kerana tiada apa lagi yang ada,
Kosong dan hambar,
Hilang dibawa saujana.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menangis,
Kerana sudah tiada airmata buatmu,
Kering, hening di resao nuansa.


Aduhai hati nan manis..
Berhentilah berkata kata,
Kerana hilang sudah bahasa lara,
Jauh terhantar di kelu bicara.


Aduhai hati..
Sabarlah…..
Itu terlebih baik buatmu!


-Layd

Malaysia On Line

Malaysia On Line


Muncul nya di tengah jelapang masa
Order baru buat dunia bicara
Lintas langsung tanpa tertunda.



Manis nya dapat bersama
Obat mujarab segala duka
Lenggok yang mengasyik masa.



Mesranya saat dan tika bersama
Oleh sketsa bahasa dan citra
Lawak menjentik tak kurang hebatnya



Manja pada yang asyik bercinta
Obor rindu saat dan tika bersua
Lerai dan usai semua lelah dijiwa



Medan temuan lama dan baru
Orang sekarang mahu pun dahulu..
Lambaian MOL tetap di tunggu.





- LayD
1.30pagi 22/9/2008