Tuesday, October 7, 2008

Salam untuk semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. saya ucapkan pada semua pelawat BLOG rasmi MOLfm. Alhamdulillah .. berkat kesabaran dan ketekunan kita umat islam dapat menunaikan rukun Islam yg ketiga pada Ramadhan yg lalu. InsyaAllah kita dipanjangkan umur boleh lah kita bertemu lagi dengan Ramadhan al Mubarak di tahun 1430H nanti.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga pada semua DJ MOLfm yg senantiasa menghiasi MOLfm dengan lagu2 pilihan yg terbaik. Saya mewakili rakan kerja teknikal memohon maaf andaikata seleksi pilihan dari Auto DJ MOLfm tidak menepati citarasa pendengar. Saya berharap MOLfm akan terus menjadi ruang hiburan tidak kiralah dimana jua anda berada.

Walaupon pada zahirnya MOLfm ditubuhkan dengan ungkapan "Exclusive" tetapi secara tak langsung dapat juga memperkenalkan MALAYSIA dengan satu nada dan seiring dengan kemajuan sejagat. Bukanlah saya memperkecilkan sesuatu komuniti yg tidak ada kelengkapan radio online seperti MOLfm tetapi ianya memperlihatkan satu satu komuniti yg inginkan peningkatan perlunya menghiasi dengan sesuatu yg lebih baik dan mampu menjadi pemangkin dalam membentuk satu komuniti lebih interaktif dan berdaya saing.

Kelihatan juga MOL mempunyai ruang bual yg kini diselenggarakan oleh WCNchat.com yg menjadi seteru utama MOL dalam lebaran promosi MALAYSIA. Diharapkan dengan apa yg kita ada sekarang menjadi titik mula dan perjalanan untuk MOLfm dan MOL menjadi satu komuniti yg disegani pada suatu hari nanti.

Saya mengharapkan dengan bertumbuhnya laman web yg lain tidak menjadi penghalang dan melemahkan semangat kita di MOL. Kuantiti bukan tajuk utama tetapi kualiti yg perlu diambil berat. Semangat tolong menolong dan saling ingat mengingati akan menjadi agenda ulung MOL dalam memperlihatkan semangat setiakawan yg jitu antara ahli.

Di sini saya ingin meminta kepada semua ahli MOL jikalau ada cadangan untuk membuat perjumpaan antara ahli sempena Syawal yg mulia atau apa jua majlis, diharapkan dapat kemukakan dengan segera dan kita berbincang untuk beramah mesra dan merapatkan sirratulrahim. Mana yg dah lepas tu .. biarlah lepas dan kita mulakan yg baru. InsyaAllah.

Kepada semua rakan kerja DJ dan Owner MOL @ MOLfm serta seluruh ahli keluarga MOL saya mengucapkan Salam Aidilfitri , maaf zahir dan batin.

KayZz
Admin.

No comments: