Thursday, October 16, 2008

Rindu Yang Terhantar

SEBERKAS KERTAS..
SEPERANGKAT SURAT SURAT
YANG LAMA TERSIMPAN,
YANG USANG KEKUNINGAN,
MENGHANTAR AKU PADA RINDU,
RINDU YANG KERAP BERTAMU.

SESUSUN PAKAIAN..
YANG KEMAS BERLIPAT,
KENANGAN DARI SEBUAH PAHATAN,
MENGGAMIT AKU PADA RINDU..
RINDU YANG SELALU MENGGAYUTI TUBUH.

SEBARISAN KITAB KITAB..
CONDONG DAN TEGAK DI TEMPAT,
MEMBUNGKAH SEGALA RINDUKU..
PADA YANG MENINGGALKANNYA
MENINGGALKAN AKU DENGAN RINDU
RINDU AKAN KASIH SAYANGNYA.


-layD/1.24AM/091008

Saturday, October 11, 2008

MOL...

Napa MOL makin suram..Tidak se ceria bagai semalam
Mana pergi teman dan tolan..Sepi sokmo tika lawatan

Napa MOL makin sepi.. Tidak se mesra sebelum ini
Mana pergi kawan sejati.. Sana sini tercari cari

Napa MOL makin hambar.. Tidak se segar ketika mula
Mana pergi semua warga.. Kecuali Bot yang selalu ada

Napa MOL makin tawar.. Tidak sehebat sebelum puasa..
Mana pergi anggota setia.. Cuba lah kita sesetia Nurwa

Harapan tinggi MOL kembali.. Mesra alam sudah lah pasti
Buatlah sesuatu kembali berseri.., tidaklah Layd merayu lagi..

Friday, October 10, 2008

Doa Untuk Seorang Kakak...

Doa Untuk Seorang Kakak

Kakakku sayang …
Biar pun saat indah dulu makin sirna dari hidupmu …
Walau pun saat manis itu kian berlalu meninggalkanmu …
Juga rasa rindu yang terus menipis dihatimu …
Kami adik2 mu kan setia disisimu …
Menemani tanpa jemu …

Kakakku sayang …
Memang payah membuang memori …
Perit melupakan kemesraan saat bersama meniti …
Manis riangnya sentiasa terpalit disanubari …
Membuai rindu kita pada saat bahagia yang bersemi …

Kakakku sayang …
Usah biarkan danau hati mu berkocak lagi …
Usah kau lagukan nyanyian sendu disukma nan sepi …
Jgn di leraikan mutiara suci dr kolam nya yang suci…
Kerna kabus yang tebal pasti kan hilang jua nanti…
Dan nantinya kan terlihat dimata pasti…
Kami adik2 mu nan setia disini…
Susah senang suka dan duka bersama diharungi…

Kakakku sayang …
Tiada lain yang kami pinta …
Hatimu bahagia setiap ketika…
Walau sering duka dan sepi melanda …
Disisa usia yang tak terjangka …
Dari kejauhan dipanjatkan doa …
Moga kebahagiaan milikmu selamanya …


Tinie & Asang

Thursday, October 9, 2008

Di Usia Yang Tersisa

Di Usia Yang Tersisa



Saat ini adik ..

Tiada lagi yang indah mewarnai hidup ku

Tiada lagi yang manis untuk di kenang

Tiada lagi yang boleh membuyar rinduku


Saat itu adik.

Alangkah bertuah nya membuka memori

Saat didekap lingkung kemesraan

Saat mencecep buah kemanisan

Tika berganding di batas keriangan

Dibawah rimbun pohonan kebahagian.


Saat ini adik..

Ketenangan di kocak riak

Sendu berlagu di sukma..

Pandangan kabur dek pasir di mata

Gapaian tersasar dek kabus yang makin hilang

Disitu lah aku berdiri adik.


Anehnya adik,

Aku merasa disinar bahagia,

Walau silaunya dari matari yang kasar


Anehnya adik,

Bahagia itu dibalik mata berkaca,

Mataku berkaca saat hati ku bahagia.

Percayalah adik,

Diusiaku yang tersisa.

Aku diselit sedikit bahagia

Saat memori terbuka



- Layd

12.19am/081008

Tuesday, October 7, 2008

Salam untuk semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. saya ucapkan pada semua pelawat BLOG rasmi MOLfm. Alhamdulillah .. berkat kesabaran dan ketekunan kita umat islam dapat menunaikan rukun Islam yg ketiga pada Ramadhan yg lalu. InsyaAllah kita dipanjangkan umur boleh lah kita bertemu lagi dengan Ramadhan al Mubarak di tahun 1430H nanti.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga pada semua DJ MOLfm yg senantiasa menghiasi MOLfm dengan lagu2 pilihan yg terbaik. Saya mewakili rakan kerja teknikal memohon maaf andaikata seleksi pilihan dari Auto DJ MOLfm tidak menepati citarasa pendengar. Saya berharap MOLfm akan terus menjadi ruang hiburan tidak kiralah dimana jua anda berada.

Walaupon pada zahirnya MOLfm ditubuhkan dengan ungkapan "Exclusive" tetapi secara tak langsung dapat juga memperkenalkan MALAYSIA dengan satu nada dan seiring dengan kemajuan sejagat. Bukanlah saya memperkecilkan sesuatu komuniti yg tidak ada kelengkapan radio online seperti MOLfm tetapi ianya memperlihatkan satu satu komuniti yg inginkan peningkatan perlunya menghiasi dengan sesuatu yg lebih baik dan mampu menjadi pemangkin dalam membentuk satu komuniti lebih interaktif dan berdaya saing.

Kelihatan juga MOL mempunyai ruang bual yg kini diselenggarakan oleh WCNchat.com yg menjadi seteru utama MOL dalam lebaran promosi MALAYSIA. Diharapkan dengan apa yg kita ada sekarang menjadi titik mula dan perjalanan untuk MOLfm dan MOL menjadi satu komuniti yg disegani pada suatu hari nanti.

Saya mengharapkan dengan bertumbuhnya laman web yg lain tidak menjadi penghalang dan melemahkan semangat kita di MOL. Kuantiti bukan tajuk utama tetapi kualiti yg perlu diambil berat. Semangat tolong menolong dan saling ingat mengingati akan menjadi agenda ulung MOL dalam memperlihatkan semangat setiakawan yg jitu antara ahli.

Di sini saya ingin meminta kepada semua ahli MOL jikalau ada cadangan untuk membuat perjumpaan antara ahli sempena Syawal yg mulia atau apa jua majlis, diharapkan dapat kemukakan dengan segera dan kita berbincang untuk beramah mesra dan merapatkan sirratulrahim. Mana yg dah lepas tu .. biarlah lepas dan kita mulakan yg baru. InsyaAllah.

Kepada semua rakan kerja DJ dan Owner MOL @ MOLfm serta seluruh ahli keluarga MOL saya mengucapkan Salam Aidilfitri , maaf zahir dan batin.

KayZz
Admin.

Monday, October 6, 2008

Nurwangi Reply...

kenal layd lady yg putih melepak
bertudung putih bersih sangat indah
hati ye tulus ikhlas sejati
semua kawan suka dia kiss2

sayam sayum perkataan biasa ye
utk lelaki baik pon pempuan
cayam tu pandai berkata2
indah baris indah kata2
gemar teka teki buat kawan2 meneka
tergaruk kepala di buat nye kita:)