Saturday, August 8, 2009

NEW LOGO & TAG MOLFM



Special thanks to our MOLfm's admin and much more to all crews and loyal listeners and I hope MOLfm will be a priority online radio for all.

KayZz

Wednesday, July 15, 2009

TSHIRT




BERITA BARU DARI MOL.FM RUANGAN MENGIKLANKAN PERNIAGAAN DI BUKA UNTUK DI SIARKAN KE UDARA OLEH2 DJ YANG KEUDARA DI RADIO ONLINE ANDA ,BERMINAT HUBUNGI KAMI EMAIL kiffnshey@gmail.com
Admin MOL.fm

MOLfm Selangkah Lagi

Kini MOL.fm dan crew2nya telah pun membuat satu kutipan bulanan untuk menyalurkan bantuan kepada fakir2 miskin dan anak2 yatim agar laman MOL.fm lebih berkat dan lebih bererti dalam menjalani kehidupan seharian.Kepada rakan yang ingin menyumbangkan tabung amal MOL.fm boleh lah memasukkan ke account KIff MAYBANK ACCOUNT 151593044054, kami menerima sumbangan anda seberapa yg ikhlas,selepas anda menderma anda boleh sms kiff@0167052776 moga allah membalas sumbangan anda walapun sekecil mana sekali pun .

Saturday, May 23, 2009

Domain Utama tidak lagi beroperasi.

Kepada semua pendengar setia MOL.fm, disini ada satu pengumuman penting dimana domain utama molfm (www.molfm.com) telah pon dihentikan operasinya. Atas sebab kelewatan usaha teknikal kru telah menjadikan kes ini semakin serius. Saya memohon maaf mewakili semua warga kerja MOlfm dan seterusnya mengharapkan anda semua masih menjadikan molfm perantara hiburan online anda. sekian,


Terima Kasih Semua atas sokongan yg diberikan. Molfm masih lagi beroperasi tetapi domain website sahaja dihentikan atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.


Terima kasih,
KayZz

MOLFM Network Crew 2008

Friday, April 3, 2009

Message From MOL's Founder

Salam semua sebagai Owner MOL.fm dan founder,
KiFF mengucapkan selamat menyambut ulang tahun MOL.fm pada 12 april 2009 maka MOL.fm genaplah setahun.Harapan kiFF MOL.fm kukuh dan terus maju di dalam apa jua bidang yg diceburi dan jua KiFF mengucapkan ribuan terima kasih kepada crew2 MOL.fm yang masih bersama2 mengharungi suka dan duka.Ribuan terima kasih kepada Dj Sheyha,Kayzz,Koboi,Syifa dan Ftiger yang membantu MOL.fm tanpa mengira penat lelah anda semua dan jugak kepada rakan2 yg lain seperti elia,hani,mutiarakirana,mat,sofia dan yang lain yang selalu berada di dalam chat room MOL.fm .Tanpa bantuan anda MOL.fm tak akan ujud sehingga genapnya setahun MOL.fm di ruangan online .

Terima kasih pada semua Rakan2
kiFF

Tuesday, March 31, 2009

Sunday, March 15, 2009

MOLFM's HISTORY

In September 2007, FaceOff from Johore came with an idea to register for a small community called Malaysia Online. It all begun when Odd asked FaceOff to go down to Ipoh to make a payment via PayPal to Buzzen Communication. FaceOff disagreed as he preferred to make the payment through the Western Union. There were five founders in Malaysia Online (MOL); FaceOff, Odd, Aduka Teruna, Chum and Reen. They made a memorandum to donate to make payment for the MOL chatroom. At the same time, an internal friction occurred amongst the founders and three of them stepped down leaving FaceOff and Odd to carry on. However, MOL grew in popularity and more members registered. They held their first gathering on the 22nd of December in Kuala Lumpur.

Since January 2008, under the leadership of FaceOff and Odd, MOL appointed four moderators from owners' list as decision makers for events organised by MOL. They were Buwi, Mr Fasilitator, Guy_Saipul and Kayzz. Another problem surfaced and MODE was officially dismissed at the end of January 2008. Since then, the number of members have increased which prompted MOL owners to work even harder to make MOLfm THE station for all to have fun and hip and happening. In Feb 08, MOL decided to celebrate the homecoming of one of it's members, Freeda, from Dubai, United Arab Emirates.

On the 8th of March 2008, MOL officially left Buzzen.com and migrated to WNChat.com. This is due to some dispute in opinions concerning rules and regulations. MOL emphasised hugely on making the station a genuinely integrated community and does not tolerate abuse of rules and regulations that MOL has strictly adhered to. Guide Lawrence was dismissed for not adhering to their rules. Members who wishes to join the chat room has to upload their photos.WCN decided to close down their server and once again migrated to Phreik server and MOL and WCN came online again on the 15th April.


MOLfm
Kayzz was appointed as MOLfm Owner and given the task to entertain its members. MOL made history for the first time when fifty listeners tuned in to the station on the second day it was officially broadcasted on air.MOLfm is the first online radio broadcasting in WCN server and can be heard worldwide. Due to some technical problems, MOL stopped broadcasting from the 23rd April to the 6th of May 08. On the 20th of May 2008, MOLfm official blog was launched and special recognition given to Yumi_smn and Arcaku for their generous contribution towards MOLfm. One can access directly to MOLfm blog for info as well as connect to the radio simply by clicking on www.molfm.com.

Odd officially stepped down on the 20th of May 2008 for not being able to adhere to the rules. MOL founder works hand in hand with the Owners to keep the station clean and discipline is taken seriously. MOL is a big family and would not tolerate strangers to take advantage of their cohesion.

All of you are most welcomed to stick around and enjoy your stay here to experience a unique blend of music of all genre catering to all groups of listeners.

Thursday, October 16, 2008

Rindu Yang Terhantar

SEBERKAS KERTAS..
SEPERANGKAT SURAT SURAT
YANG LAMA TERSIMPAN,
YANG USANG KEKUNINGAN,
MENGHANTAR AKU PADA RINDU,
RINDU YANG KERAP BERTAMU.

SESUSUN PAKAIAN..
YANG KEMAS BERLIPAT,
KENANGAN DARI SEBUAH PAHATAN,
MENGGAMIT AKU PADA RINDU..
RINDU YANG SELALU MENGGAYUTI TUBUH.

SEBARISAN KITAB KITAB..
CONDONG DAN TEGAK DI TEMPAT,
MEMBUNGKAH SEGALA RINDUKU..
PADA YANG MENINGGALKANNYA
MENINGGALKAN AKU DENGAN RINDU
RINDU AKAN KASIH SAYANGNYA.


-layD/1.24AM/091008

Saturday, October 11, 2008

MOL...

Napa MOL makin suram..Tidak se ceria bagai semalam
Mana pergi teman dan tolan..Sepi sokmo tika lawatan

Napa MOL makin sepi.. Tidak se mesra sebelum ini
Mana pergi kawan sejati.. Sana sini tercari cari

Napa MOL makin hambar.. Tidak se segar ketika mula
Mana pergi semua warga.. Kecuali Bot yang selalu ada

Napa MOL makin tawar.. Tidak sehebat sebelum puasa..
Mana pergi anggota setia.. Cuba lah kita sesetia Nurwa

Harapan tinggi MOL kembali.. Mesra alam sudah lah pasti
Buatlah sesuatu kembali berseri.., tidaklah Layd merayu lagi..

Friday, October 10, 2008

Doa Untuk Seorang Kakak...

Doa Untuk Seorang Kakak

Kakakku sayang …
Biar pun saat indah dulu makin sirna dari hidupmu …
Walau pun saat manis itu kian berlalu meninggalkanmu …
Juga rasa rindu yang terus menipis dihatimu …
Kami adik2 mu kan setia disisimu …
Menemani tanpa jemu …

Kakakku sayang …
Memang payah membuang memori …
Perit melupakan kemesraan saat bersama meniti …
Manis riangnya sentiasa terpalit disanubari …
Membuai rindu kita pada saat bahagia yang bersemi …

Kakakku sayang …
Usah biarkan danau hati mu berkocak lagi …
Usah kau lagukan nyanyian sendu disukma nan sepi …
Jgn di leraikan mutiara suci dr kolam nya yang suci…
Kerna kabus yang tebal pasti kan hilang jua nanti…
Dan nantinya kan terlihat dimata pasti…
Kami adik2 mu nan setia disini…
Susah senang suka dan duka bersama diharungi…

Kakakku sayang …
Tiada lain yang kami pinta …
Hatimu bahagia setiap ketika…
Walau sering duka dan sepi melanda …
Disisa usia yang tak terjangka …
Dari kejauhan dipanjatkan doa …
Moga kebahagiaan milikmu selamanya …


Tinie & Asang

Thursday, October 9, 2008

Di Usia Yang Tersisa

Di Usia Yang Tersisa



Saat ini adik ..

Tiada lagi yang indah mewarnai hidup ku

Tiada lagi yang manis untuk di kenang

Tiada lagi yang boleh membuyar rinduku


Saat itu adik.

Alangkah bertuah nya membuka memori

Saat didekap lingkung kemesraan

Saat mencecep buah kemanisan

Tika berganding di batas keriangan

Dibawah rimbun pohonan kebahagian.


Saat ini adik..

Ketenangan di kocak riak

Sendu berlagu di sukma..

Pandangan kabur dek pasir di mata

Gapaian tersasar dek kabus yang makin hilang

Disitu lah aku berdiri adik.


Anehnya adik,

Aku merasa disinar bahagia,

Walau silaunya dari matari yang kasar


Anehnya adik,

Bahagia itu dibalik mata berkaca,

Mataku berkaca saat hati ku bahagia.

Percayalah adik,

Diusiaku yang tersisa.

Aku diselit sedikit bahagia

Saat memori terbuka



- Layd

12.19am/081008

Tuesday, October 7, 2008

Salam untuk semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. saya ucapkan pada semua pelawat BLOG rasmi MOLfm. Alhamdulillah .. berkat kesabaran dan ketekunan kita umat islam dapat menunaikan rukun Islam yg ketiga pada Ramadhan yg lalu. InsyaAllah kita dipanjangkan umur boleh lah kita bertemu lagi dengan Ramadhan al Mubarak di tahun 1430H nanti.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga pada semua DJ MOLfm yg senantiasa menghiasi MOLfm dengan lagu2 pilihan yg terbaik. Saya mewakili rakan kerja teknikal memohon maaf andaikata seleksi pilihan dari Auto DJ MOLfm tidak menepati citarasa pendengar. Saya berharap MOLfm akan terus menjadi ruang hiburan tidak kiralah dimana jua anda berada.

Walaupon pada zahirnya MOLfm ditubuhkan dengan ungkapan "Exclusive" tetapi secara tak langsung dapat juga memperkenalkan MALAYSIA dengan satu nada dan seiring dengan kemajuan sejagat. Bukanlah saya memperkecilkan sesuatu komuniti yg tidak ada kelengkapan radio online seperti MOLfm tetapi ianya memperlihatkan satu satu komuniti yg inginkan peningkatan perlunya menghiasi dengan sesuatu yg lebih baik dan mampu menjadi pemangkin dalam membentuk satu komuniti lebih interaktif dan berdaya saing.

Kelihatan juga MOL mempunyai ruang bual yg kini diselenggarakan oleh WCNchat.com yg menjadi seteru utama MOL dalam lebaran promosi MALAYSIA. Diharapkan dengan apa yg kita ada sekarang menjadi titik mula dan perjalanan untuk MOLfm dan MOL menjadi satu komuniti yg disegani pada suatu hari nanti.

Saya mengharapkan dengan bertumbuhnya laman web yg lain tidak menjadi penghalang dan melemahkan semangat kita di MOL. Kuantiti bukan tajuk utama tetapi kualiti yg perlu diambil berat. Semangat tolong menolong dan saling ingat mengingati akan menjadi agenda ulung MOL dalam memperlihatkan semangat setiakawan yg jitu antara ahli.

Di sini saya ingin meminta kepada semua ahli MOL jikalau ada cadangan untuk membuat perjumpaan antara ahli sempena Syawal yg mulia atau apa jua majlis, diharapkan dapat kemukakan dengan segera dan kita berbincang untuk beramah mesra dan merapatkan sirratulrahim. Mana yg dah lepas tu .. biarlah lepas dan kita mulakan yg baru. InsyaAllah.

Kepada semua rakan kerja DJ dan Owner MOL @ MOLfm serta seluruh ahli keluarga MOL saya mengucapkan Salam Aidilfitri , maaf zahir dan batin.

KayZz
Admin.

Monday, October 6, 2008

Nurwangi Reply...

kenal layd lady yg putih melepak
bertudung putih bersih sangat indah
hati ye tulus ikhlas sejati
semua kawan suka dia kiss2

sayam sayum perkataan biasa ye
utk lelaki baik pon pempuan
cayam tu pandai berkata2
indah baris indah kata2
gemar teka teki buat kawan2 meneka
tergaruk kepala di buat nye kita:)

Thursday, September 25, 2008

Al-Kisah .. kedua kali .. haha

DARI PANDANGAN_KU II

Jumpa lagi.. di kedua kali..
Cerita warga MOL lom habis lagi..
Beberapa teman yang belum di kiasi
Mari lah tengok..sapa yang kena kali ini

Kecil molek comel di cc..
Gadis Jengka menjadi kerani..
Online hanya di siang hari..
Bandaraya dengan nya sama erti..
Rakyat Sultan Ahmad Shah sudahlah pasti

Duda hensem di tepi laut,
Selalu bersungut pasal perut,
Buncit sikit pun sudah kalut,
Anaknya lima bersama duduk..
Sapa nak takle.. sangat lah patut..

Anak teruna tiga puluhan,
Sajak bertanjak bagai pahlawan..
Sejak bertukar kelain jawatan,
Lately ini makin jarang kelihatan,
Kelakarnya tetap menjadi kerinduan.

Hehehe..
ku panggil dengan style arab
Senang nak sebut walau tergagap..
Berjauhan isteri terkulat kulat..
Kesian..Masak makan sendiri buat..
Tetap rajin walaupun tak larat..

Nickname nya bagai orang puteh..
Segan gak nak tegur takut terlebih,
Selang semalam masuk MOL boleh,
Rupanya melayu isteri yg soleh,
Tinggal di timur, pantai nan bersih

Yang ini juga muda remaja..
Hensem lah lebih dari papa-nya.
Dua beranak ini selalu bersama..
Tajam ke tumpul? Itulah makna.
Rajin memasak dengar ceritanya


Ater ade pule cekgu ,sorang dude..
Asay die nye dari Perok, Kuale..
Tapi udoh lame tak nampak muke..
Entah kemane merayap nye die…
Mad Jaih pun udoh die lupe agaknye.

Wanita ini aduh..cantik lah sangat,
Walau berlomor minyak dan keringat..
Nak sebut namanya kena aturkan abjad,
Se-sekali saja ke MOL tersesat
Masuk dah la lambat duduk pulak sekejab.

Ada pula seorang saudagar baru
Meniaga intan berlian pesen baru..
Tak payah nak guna duit beribu..
Sedang rancak mencari tetamu,
Ajak berkunjung ke lamannya yang baru.

Anak muda ni bekas DJ kemana entah
Bakat berbicara sangat lah petah..
Sedang bergelut agaknya di negeri Kedah
Dengan masalah demi masalah..
Tokey CC jugak tu… al maklumlah..

Juga duduk dia di negeri Kedah..
Walau di cucuh tak menyala dah,
Itu hanya nickname yang sama indah
Ganti karan depa..kalu eletrik punah .
Manis lawa memang tak kalah.

Sapa lah lagi tak masuk senarai
Nanti kita sambung ke tiga helai
Ceria bersama sama tawa berderai derai
Saat duka airmata sama terburai
Demikian aroma MOL tergapai..

Mohon maaf Layd ucapkan..
Jika ada yang tak berketepatan
Maklum, sekadar tekaan dan rekaan
Buat bibir di hiasi senyuman..
Semoga terhibur teman dan taulan


-selesai 9.47 pagi
Khamis 25 Ramadhanz

Wednesday, September 24, 2008

AL-KISAH Chatter MOL

DARI PANDANGAN_KU I

Kisah penghuni MOL terkini
Mari kita tengok dan baca bersama
Buat buat lah ketawa kalau sudi,
Walaupun tak lucu setara mana..

Boss Besar nun jauh di JB..
Owner yang garang juga rasanya ini..
Ehem..ehem dengarnya tiada isteri..
Sapa nak pikat sedang elok lah ni…
Ewah,.boleh lah pakai T Shirt MOL Free..

Asst kehormat MOL budak muda..
Tinggal di Kelang bersama ibunya..
Sedang mengorat gadis Singapura..
Suka ketawa muekekeke bunyi nya..
Menjadi DJ di MOLfm dialah juga.

Orangnya budiman cantik lah pulak..
Halus mulus kulitnya puteh melepak
Anggun pesona wangi semerbak..
Tutur bicaranya santuk bersajak
Di Kota Singa rumah terletak..

Manis berseri si kecil molek..
Halus suara nya ketawa mengekek..
Jika tersalah kata kata yang terbit..
Memutar lagu dari pilihan terbaik..
Juga seorang wanita/ibu/ isteri yang cerdik

Seorang guru nun jauh di sana..
Tepi laut china Selatan duduk nya dia
Rajin chatting tak kira masa.
Malam pagi petang semua ada..
Hari Jumaat yang paling dia suka..

Abe ni pulop..sore ahli Forex..
Kalu online.. hok tu yah dio belek.
Kade kade campo kawe kawe kecek..
Sekali sekalo.. kalu tak memorek
Suko belako abe dan adik

Sorang lagi DJ yang senyap..
Pilih lagu boleh tahan hebat,
Nickname nya guy perasan kuat,
Suruh on air selalu alasan berat
Nak dengar juga suaramu sahabat.

Si Manis ini ini berambut panjang,
Dari selatan juga dianya datang..
Akhir2 ini dah makin jarang..
Lepak di MOL bila terluang..
Sebok buat kueh tuk raya menjelang.

Sekali sebut ingatkan sabun..
Rupanya tokey kilang yg gelak mengalun..
Di MOL dialah besar sekali font,
Kesia..curi curi nak chatting ni..pun..
Hormatkan laki yg garangnya ya ampun!

DJ hebat seorang lagi nak bagitahu
Nun jauh berada di kaki Kinabalu,
Suaranya kelas.. sangat lah merdu.
Sering ketawa walaupun tak lucu..
Terhibur kita dengan pilihan lagu.

Seorang lagi DJ mendatang..
Lagu yang bagus saja berkumandang
Ingatkan dari T’ganu dia datang
Ujung nickname nya G terbentang
Sebab itulah kompuis juga kadang2

Ramai lagi tak tersebut di sini..
Nanti kita sambung di lain siri..
Kekasaran bahasa mohon di maafi,
Sekadar goresan tuk menghibur hati
Dari seorang sahabat bernama LayD^

-selesai 6.43 ptg
Selasa 23/9/2008

Monday, September 22, 2008

Aduhai Hati

Aduhai Hati

Aduhai hati..
Berhentilah dari merindu,
Kerana rindu itu sudah buyar,
Hilang di kelam zulmat.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menanti,
Kerana menanti itu sudah lusuh,
Renyuk bersama semilir yang pupus.


Aduhai hati
Berhentilah dari meminta,
Kerana tiada apa lagi yang ada,
Kosong dan hambar,
Hilang dibawa saujana.


Aduhai hati..
Berhentilah dari menangis,
Kerana sudah tiada airmata buatmu,
Kering, hening di resao nuansa.


Aduhai hati nan manis..
Berhentilah berkata kata,
Kerana hilang sudah bahasa lara,
Jauh terhantar di kelu bicara.


Aduhai hati..
Sabarlah…..
Itu terlebih baik buatmu!


-Layd

Malaysia On Line

Malaysia On Line


Muncul nya di tengah jelapang masa
Order baru buat dunia bicara
Lintas langsung tanpa tertunda.



Manis nya dapat bersama
Obat mujarab segala duka
Lenggok yang mengasyik masa.



Mesranya saat dan tika bersama
Oleh sketsa bahasa dan citra
Lawak menjentik tak kurang hebatnya



Manja pada yang asyik bercinta
Obor rindu saat dan tika bersua
Lerai dan usai semua lelah dijiwa



Medan temuan lama dan baru
Orang sekarang mahu pun dahulu..
Lambaian MOL tetap di tunggu.





- LayD
1.30pagi 22/9/2008